Sesi Penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Cameron Highlands

← Kembali ke Senarai Berita Sesi Penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Cameron Highlands

Kementerian Kewangan telah menganjurkan sesi penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Cameron Highlands sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh jaringan keselamatan sosial negara. Program ini memberi tumpuan kepada masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman dan menghadapi kesukaran mengakses perkhidmatan perbankan.

 

YB Dato' Dr. Ramli Mohd Nor turut hadir sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan bantuan sampai kepada golongan sasar. Di Cameron Highlands sahaja, ribuan penerima layak menerima manfaat STR dan SARA pada tahun 2026.

Galeri Gambar

Galeri Berita
Galeri Berita
Galeri Berita